Make your own free website on Tripod.com

CERANA

Jurnal Pendidikan
Maktab Perguruan Batu Pahat

Latar Belakang Cerana

Jurnal Pendidikan Maktab Perguruan Batu Pahat diberi nama CERANA, kerana perkataan tersebut membawa erti yang mendalam. Cerana merupakan bekas sirih yang digunakan oleh masyarakat Melayu. Cerana digunakan dalam upacara yang penting dan penuh bermakna dan simbolik. Ini bersesuaian dengan matlamat penerbitan jurnal yang bercirikan ilmu pengetahuan, penuh dengan tertib dan disiplin keilmuan. Ringkasnya CERANA melambangkan hidangan ilmu untuk dipersembahkan kepada para pembaca dalam ruang lingkup ilmiah di samping menjaga batas-batas budaya secara tertib.

Cerana mengandungi laporan penyelidikan serta penulisan ilmiah yang dihasilkan oleh pensyarah-pensyarah Maktab Perguruan Batu Pahat.Penerbitan keluaran sulung CERANA adalah pada tahun 1996. Adalah diharapkan bahan-bahan yang terdapat dalam CERANA ini memberi manafaat dalam usaha untuk meningkatkan mutu pendidikan secara langsung atau tidak langsung.

Cerana. Bilangan 1. Tahun 1996.
Cerana. Bilangan 2. tahun 1997.